Sunday 1 January 2012

SUATU PERJALANAN BARU MENUJU REDHA ILLAHI

Tarikh 21 Muharram 1433 Hijriyah bersamaan 17 Disember 2011 merupakan tarikh penting dalam hidupku kerana pada tarikh inilah aku dinobatkan sebagai AL-MU'ALLIJ AL-ANSARI. Aku adalah salah seorang dari hampir lima puluh pelajar  Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia dari seluruh semenanjung yang telah menerima sijil DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM di dalam Majlis Konvokesyen Pengijazahan Diploma Pengubatan Islam Ke 3, yang telah berlangsung di Gunung Lambak Eco Resort, Kluang, Johor. 

Aku amat bersyukur ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan kepadaku kekuatan, kesabaran dan upaya untuk menjalani dan menamatkan pengajian tersebut yang memakan masa selama kira-kira setahun. Tiada daya upaya ku melainkan dengan perkenan dan pertolongan dari Mu Ya Allah yang Maha Agong.

Aku amat berterima kasih kepada Tuan Guru Haji Muhammad Rajab Akmal Bin Haji Abdul Halim Al Idrisi yang merupakan al Musyrif al 'Am / Penasihat Eksekutif, Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia, di atas segala pengajaran, bimbingan dan nasihat sepanjang pengajian ku.

No comments:

Post a Comment